Tan Sri William Mawan Pertahankan Kerusi DUN N.47 Pakan

SABTU, 18 DISEMBER 2021

JULAU: Tan Sri William Mawan Ikom berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.47 Pakan apabila mendapat undian sebanyak 3,268 menewaskan calon BEBAS, Tedong Chakaw yang mendapat undian sebanyak 2,554 pada Sabtu.

Beliau yang menang dengan majoriti 714 undi turut menewaskan calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Hereward Gramong Joseph Allen dengan jumlah undi sebanyak 1,484 undi.

Sementara itu, Brawi Anguong yang juga calon BEBAS dan Jemeli Kerah dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) telah hilang deposit masing-masing dengan 506 dan 133 undi.-EDISI UKAS

add comment