Allan Siden Gramong Tewaskan Empat Calon Pembangkang Di DUN N.50 Machan

AHAD, 19 DISEMBER 2021

KANOWIT : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.50 Machan telah dipertahankan oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Allan Siden Gramong dengan jumlah undi sebanyak 4,155 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak kali ini.

Allan Siden Gramong berjaya menumpaskan empat calon pembangkang dengan majoriti sebanyak 2,089 undi iaitu calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Madang Dimbab dengan 2,066 undi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Joseph Nyambong dengan 1,267 undi.

Manakala, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Mary Rita Mathias dan Parti Aspirasi rakyat Sarawak (ASPIRASI), Ngekayang Unau, masing-masing telah hilang deposit dengan 203 dan 52 undi.-EDISI UKAS

add comment