GPS Menang Kerusi DUN Meluan Dalam Pertembungan Tiga Penjuru

AHAD, 19 DISEMBER 2021

JULAU : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Meluan, Rolland Duat Jubin telah menewaskan dua calon pembangkang dengan meraih 5,269 undi dengan majoriti sebanyak 822 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada Sabtu.

Rolland Duat menewaskan Elly Lawai Ngalai dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang meraih sebanyak 4,447 undi.

Sementara itu, Abdul Hamid Siong dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) telah hilang deposit dengan jumlah sebanyak 186 undi.-EDISI UKAS

add comment