PRN-12 Sarawak: Paulus Menang Dengan Raih Majoriti 706 Undi

AHAD, 19 DISEMBER 2021

LIMBANG: Paulus Palu Gumbang yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.80 Batu Danau menang dengan majoriti 706 undi.

Beliau memperoleh 3,030 undi dan berjaya menewaskan tiga lagi calon dari parti lain dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Tiga lagi calon lain ialah Ali Adap dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 2,324 undi, manakala, Racha Balang dari parti Keadilan Rakyat (PKR) telah hilang deposit dengan hanya memperoleh 268 undi dan Dr Peterus Bulan pula dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) hanya meraih 80 undi.

Untuk DUN N.80 Batu Danau menyaksikan seramai 9,375 orang telah berdaftar untuk PRN-12 Sarawak kali ini.-EDISI UKAS

add comment