27 Premis Jalani Operasi Pemeriksaan Dan Pematuhan SOP PPN Fasa Tiga Di Sarikei

ISNIN, 20 DISEMBER 2021

SARIKEI: Sebanyak 27 premis telah menjalani operasi Pemeriksaan dan Pematuhan Prosedu Operasi Standard (SOP) bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 di Jalan Bank sekitar Sarikei pada Isnin.

Antara agensi terlibat ialah Majlis Daerah Sarikei (MDS), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Hasil tinjauan mendapati kebanyakan premis perniagaan yang diperiksa mematuhi SOP, serta orang awam juga didapati memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di tempat awam. – EDISI UKAS

add comment