ADUN Bukit Assek, Pelawan Santuni Penduduk Sebagai Tanda Terima Kasih

ISNIN, 20 DISEMBER 2021

SIBU: Selepas berjaya merampas kerusi Bukit Assek dan Pelawan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 pada Sabtu lepas, dua wakil rakyat barunya dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Chieng Jin Ek dan Micheal Tiang tampil untuk menyatakan terima kasih kepada penduduk di situ.

Kedua-dua turut serta mengadakan lawatan pertama mereka ke Pasar Sementara Tiong Hua, Market Sungai Merah dan Pasar Malam Sibu pada Ahad sebagai tanda penghargaan keduanya kepada penduduk yang memberi mandat kepada mereka pada PRN12.

Lawatan yang turut disertai Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon mendapat respons positif dari penduduk setempat.

Hadirin yang hadir juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

add comment