ADUN Kabong Seru Sokongan Penduduk, Ikrar Berlaku Adil Kepada Semua

ISNIN, 20 DISEMBER 2021

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Kabong, Mohd Chee Kadir menyeru penduduk di kawasan DUN berkenaan untuk memberikan sokongan dan kerjasama kepadanya agar beliau dapat melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di situ dengan baik.  

Mohd Chee juga berharap mereka yang tidak menyokongnya untuk menilai prestasinya dalam tempoh lima tahun ini dan mengubah pendirian mereka dengan memberikan sokongan kepadanya di masa hadapan.

Semasa menyampaikan perutusan sempena kemenangan beliau pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 pada Sabtu lepas, Mohd Chee juga berikrar akan berlaku adil kepada semua penduduk tidak kira bangsa dan agama termasuk dari segi pengagihan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan projek-projek lain. 

Pada PRN-12, Mohd Chee menang dengan menewaskan Wan Mohamad Wan Ali dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Asri Kassim dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon AMANAH, Hud Andri selepas meraih 4,789 undi. – EDISI UKAS

add comment