ADUN Repok Sumbang Katil Pesakit Kepada Dua Warga Emas Melalui Pusat Khidmat N.45

ISNIN, 20 DISEMBER 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan sebuah katil pesakit melalui Pasukan Pusat Khidmat N.45 Repok kepada dua warga emas berusia 77 tahun pada Isnin.

Pasukan Pusat Khidmat N.45 Repok menghantar katil pesakit dengan segera setelah menerima permohonan dan mengajar cara penggunaannya supaya mudah diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing di samping bertujuan untuk menyediakan suasana yang lebih selesa kepada pesakit.

Sementara itu, ia juga membuktikan keprihatinan Dato’ Sri Huang yang komited terhadap usaha meringankan beban golongan kurang mampu.

Dalam pada itu, ahli keluarga penerima amat bersyukur dia atas sumbangan katil pesakit kepada dan memberi bantuan yang paling praktikal bagi meringankan beban keluarga mereka.-EDISI UKAS

add comment