Datuk Ding Hadiahkan Kemenangan PRN-12 Kepada Seluruh Warga Meradong

SELASA, 21 DISEMBER 2021

BINTANGOR: Datuk Ding Kuong Hiing telah mengadakan ‘walkabout’ di sekitar bandar Bintangor pada Isnin bagi menyatakan terima kasih kepada pengundi di situ kerana memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

Semasa walkabout tersebut, Datuk Ding berkata kemenangannya pada PRN ke-12 adalah untuk semua warga Daerah Meradong dan menyeru semua masyarakat agar sama-sama dengannya memajukan lagi daerah itu dalam tempoh lima tahun ini.

Ujarnya, PRN kali ini menampakkan perpaduan utuh pelbagai kaum di Meradong yang memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Kesempatan itu turut digunakan Datuk Ding untuk bertanya khabar dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. – EDISI UKAS

add comment