Empat Agensi Penguatkuasa Jalani Pemantauan Dan Rondaan Dalam Tempoh PKPD Daerah Meradong

SELASA, 21 DISEMBER 2021

BINTANGOR : Empat agensi penguatkuasa telah menjalankan pemantauan dan rondaan di beberapa premis dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar bandar Bintangor pada Isnin.

Antara agensi terlibat ialah Majlis Daerah Meradong Dan Julau (MDMJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pemantauan rondaan dilakukan lebih kepada di bandar Bintangor kerana ada yang keluar membeli barangan keperluan harian dan menjamu selera di kedai-kedai makanan. 

Sementara itu, suasana di semua premis serta Pasar Tamu Bandar Bintangor kelihatan masih seperti hari biasa dalam menjalankan aktiviti perniagaan harian. 

Namun begitu, orang awam serta peniaga masih dinasihati agar sentiasa mematuhi arahan prosedur operasi standard (SOP) iaitu sentiasa menjaga penjarakan sosial dan pemakaian penutup mulut ketika menjalankan urusan perniagaan harian. 

Dalam pada itu, penyediaan alat suhu badan dan imbasan kod bagi aplikasi MySejahtera serta buku pencatat nama turut disediakan oleh para peniaga dan penjaja kerana anggota penguatkuasa akan membuat semakan rekod ketika membuat rondaan dari semasa ke semasa.-EDISI UKAS

add comment