SELASA, 21 DISEMBER 2021
BINTANGOR : Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintangor telah melaksanakan operasi sanitasi awam di Dewan Masyarakat Bintangor yang sebagai pencegahan awal penyebaran wabak COVID-19 pada Isnin.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba, Herman Basa serta tiga anggotanya telah menggunakan jenis dan kuantiti peralatan seperti, manual snapsack, sprayer 10 liter dan mist blower 10 liter.
Manakala kuantiti bahan yang telah digunakan bagi proses menyembur cecair santiasi ialah sebanyak 2 liter sodium hypochlorite yang tidak termasuk campuran air dengan nisbah 1:9.
Sementara itu, JBPM Bintangor turut melaksanakan sanitasi awam di Dewan Masyarakat Julau yang diketuai oleh PBK II Bahani Bajuri bersama empat anggotanya dengan menggunakan bahan serta peralatan yang sama.-EDISI UKAS