Kejayaan MUDeNR Selaras Objektif PCDS

SELASA, 21 DISEMBER 2021

KUCHING: Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDENR) telah mencapai banyak kejayaan selaras dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dalam memperkukuhkan ekonomi negeri ini.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, MUDENR telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kesinambungan pembangunan dan meningkatkan pendapatan negeri Sarawak.

“Kementerian ini telah banyak menempa kejayaan yang berada di landasan betul dalam mencapai objektif penubuhan PCDS 2030.

“Amanah yang dipertanggugjawabkan kepada kementerian ini adalah untuk memperkasakan pembangunan dan seterusnya menambah pendapatan negeri kita,” katanya semasa menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Warga MUDeNR 2021 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Isnin.

Beliau turut menzahirkan penghargaannya kepada semua warga MUDeNR atas komitmen yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan.

“Saya amat berbangga kerana dapat bersama-sama dengan kementerian ini lebih 30 tahun bermula daripada Menteri Muda dan banyak agensi-agensi di bawah kementerian ini.

“Saya mendapati  warga kementerian ini adalah warga yang bekerja keras dengan semangat kerjasama yang tinggi,” tambah beliau.-EDISI UKAS

add comment