RELA Ronda Kawasan Tebingan Sungai Daerah Meradong Yang Mudah Berlaku Banjir

SELASA, 21 DISEMBER 2021

BINTANGOR : Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Meradong terus membuat rondaan di sungai-sungai yang mudah berlakunya banjir di Daerah Meradong pada Isnin.

Antara kawasan tebingan sungai yang dironda ialah Kilang Papan, Sg Sian, Tebingan Sungai Bintangor, Jambatan Merah Bintangor, Jambatan Sungai Kawi dan Sungai Tulai Bintangor.

Setiap rondaan telah dibuat mengikut waktu air pasang pada sebelah petangnya dengan lebih kurang empat anggota RELA yang bertugas untuk menjalankan rondaan. 

Hasil tinjauan mendapati paras air sungai amat tinggi ketika itu dan pihak RELA terus memaklumkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat untuk menyukat ketinggian paras air sama ada bahaya atau tidak kepada orang awam dan penghuni di perumahan yang berdekatan supaya tindakan seterusnya diambil sebagai langkah berjaga-jaga.-EDISI UKAS

add comment