RABU, 22 DISEMBER 2021
KUCHING: Seramai 10 orang penerima Bantuan Kewangan Saraan Hidup sumbangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dalam Majlis Penyerahan Zakat di Ummah Dostribution Centre (UDC), Medan Hamidah, Kuching pada Rabu.
Simbolik penyerahan zakat telah di sempurnakan oleh Ketua Pengawai Rangkuman Kewangan Kumpulan BIMB, Mohd Nazri Chik kepada Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli bagi tahun 2020 yang berjumlah RM580,000.
Menurut Datu Abang Mohd Shibli, setiap kutipan yang telah dapat tersebut ianya akan tetap menjadi hak kepada orang yang berhak mendapatkanya.
“Kita juga membantu orang yang terkesan dan pada hari ini selain daripada kita mengutip dana, kita juga tetap mengagihkan wang tersebut seperti bantuan Pendidikan, bantuan perubatan,bantuan kebajikan, bantuan sara hidup dengan menggunakan E-Wallet,” katanya semasa ditemubual media.
Jelas beliau lagi, UDC merupakan satu tempat bagi menunjukan satu manifestasi TBS mengenai peranan, bantuan serta jumlah yang diagih secara telus dan terperinci.
Dalam pada itu, jumlah kutipan keseluruhan zakat oleh TBS setakat 30 November 2021 adalah sebanyak RM90.4 juta berbanding RM115.5 juta bagi tahun 2020.-EDISI UKAS