Chieng Jin Ek Turun Padang Tinjau Projek Perintis Naik Taraf Parit Di Jalan Tiong Hua

RABU, 22 DISEMBER 2021

SIBU: Belum sampai seminggu meraikan kemenangan merampas kerusi DUN Bukit Assek pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12), Chieng Jin Ek telah mula berkhidmat sebagai wakil rakyat di situ.

Pada Selasa, beliau turun padang melawat projek perintis naiktaraf parit di Jalan Tiong Hua bersama dengan jurutera dan perunding projek dari Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Lawatan itu bertujuan mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan projek yang dirancang oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan bagaimana ianya dapat menyelesaikan masalah dan mengelakkan banjir kilat dan parit tersumbat berlaku di kawasan itu.

Menurut Chieng, kerja baik pulih parit akan dilakukan dari Jalan Tiong Hua dengan menghubungkan parit terletak di sepanjang Jalan Kampung Nyabor.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan selepas Tahun Baru Cina dan tender akan dibuka pada awal tahun 2022 secara cabutan undi. – EDISI UKAS

add comment