MDS Anjur Program Perangi Aedes Dan Pemberian Barangan Kitar Semula

RABU, 22 DISEMBER 2021

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) telah mengadakan Program Perangi Aedes dan Pemberian Barangan Kitar Semula bertempat di Gelanggang Bila Keranjang Taman Susur Jambu, Sarikei pada Rabu.

Program bersama komuniti Taman Susur Jambu ini diadakan bagi menjaga kebersihan sekitar perumahan, gelanggang bola keranjang dan kawasan penjaja selain memastikan kawasan tersebut bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS), Missiah Abu Seman yang dihadiri seramai 40 orang peserta.

Sementara itu, gotong royong bersama komuniti turut dilakukan dengan membersihkan kawasan sekitar serta tapak penjaja bersebelahan gelanggang bola keranjang.

Selain itu, penduduk juga boleh menjual barangan terpakai seperti besi, penyaman udara terpakai, tin minuman, komputer terpakai, minyak masak terpakai, buku, majalah dan surat khabar lama kepada kontraktor yang telah dilantik.-EDISI UKAS

add comment