200 Bakul Makanan Diagih Kepada Golongan Kurang Berkemampuan Di Tellian

KHAMIS, 23 DISEMBER 2021

MUKAH: Sebanyak 200 bakul makanan telah di agihkan kepada golongan kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian pada Khamis.

Sumbangan yang disenaraikan oleh Penghulu, Ketua Masyarakat dan Kapitan itu diwakili oleh Ketua Kaum bersama Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tellian, Mukah Youth Volunters, Kelab Gym Mukah.

Dalam pada itu, calon yang menyandang kerusi DUN Tellian, Royston Valentine ketika ditemuramah menzahirkan syukur kerana dapat berkongsi sedikit sumbangan kepada pihak yang kurang berkemampuan untuk menikmati sambutan Hari Natal yang bakal tiba nanti. – EDISI UKAS

add comment