Ranting PBB Jebungan Adakan Program Komuniti ‘On The Go’ Di Surau Balingian

KHAMIS, 23 DISEMBER 2021

MUKAH: Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jebungan dengan kerjsama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Surau Shiekh Sulaiman Kampung Jebungan Mukah telah mengadakan Program Komuniti ‘On The Go’ Balingian pada Khamis untuk menambahbaik stor bagi kegunaan penyimpanan peralatan di surau tersebut.

Menurut Ketua Ranting PBB Jabungan, Mohd Izzudin Abdullah beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi di atas sumbangan beliau bagi menambahbaik stor surau berkenaan.

Program tersebut telah berjalan dengan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

add comment