JUMAAT, 24 DISEMBER 2021
KOTA SAMARAHAN: Seramai 579 penduduk di daerah Samarahan hadir menerima vaksin COVID-19 dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Summer Mall, pada Jumaat.
PPV tersebut menyediakan suntikan vaksin jenis Pfizer BioNtech dan Sinovac yang telah diselaraskan Klinik Mesra dan Klinik Kota Raya.
Kebanyakan penerima vaksin dos penggalak yang hadir melahirkan rasa syukur dan lega setelah lengkap mendapatkan suntikan dan merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak di atas inisiatif mengekang penularan wabak COVID-19.
PPV Summer Mall dibuka kepada umum khususnya penduduk setempat berumur 18 tahun ke atas yang belum mendapatkan dos penggalak seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang secara masuk terus (walk-in). -EDISI UKAS