Dato’ Sri Wan Junaidi Ucap Terima Kasih Kepada Ahli Dewan Rakyat Dan Dewan Rakyat Luluskan Pindaan RUU Perlembagaan MA63

JUMAAT, 24 DISEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Kelulusan Parlimen Malaysia yang telah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sangat memberi makna kepada Sarawak dan Sabah. 

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengucapkan terima kasih kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara kerana telah memberikan sokongan kepada RUU Perlembagaan pindaan MA63.

“Saya berterima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan Negara dan Ahli-Ahli Dewan Rakyat kerana sokongan padu kepada rancangan kerajaan secara ‘concernicus’ di pihak Sarawak dan Sabah, dan juga Persekutuan untuk merealisasikan harapan dan impian rakyat Sarawak dan Sabah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Dewan Negara pada Khamis.

Tambah Dato’ Sri Dr Wan Junaidi lagi, kejayaan ini telah merealisasikan Sarawak dan Sabah ke atas perjanjian-perjanjian yang terletak di dalam Perjanjian Malaysia 1963 itu. 

“Untuk meletak Perjanjian Malaysia 1963 ke dalam Perlembagaan. 

“Keduanya, mengiktirafkan Perjanjian Malaysia itu sendiri dan ketiga, untuk Sarawak dan Sabah merealisasikan perjanjian-perjanjian yang terletak di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan juga yang terletak di dalam Enter Govermental Commity Report yang sebagai ‘annec’ kepada Perjanjian Malaysia itu sendiri,” tambahnya. -EDISI UKAS

add comment