MDLA Tekankan Pematuhan SOP Menerusi Program ‘Kita Jaga Kita’

JUMAAT, 24 DISEMBER 2021

ENGKILILI: Satu taklimat mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 secara terperinci telah diadakan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) pada Rabu.

Taklimat melalui Program ‘Kita Jaga Kita’ itu telah telah disampaikan Pegawai Kesihatan Menguasa Klinik Kesihatan Engkilili, Dr Russel Damu bertempat di Bilik Mesyuarat MDLA.

Menerusi taklimat tersebut, turut diadakan tatacara dan demonstrasi penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 (RTK-Ag).

Dalam pada itu, semua ahli MDLA Engkilili dikehendaki melakukan saringan RTK-Ag terlebih dahulu sebelum menghadiri mana-mana perjumpaan mahupun aktiviti keramaian.

Langkah tersebut bagi memastikan semua kakitangan sentiasa peka dengan pematuhan SOP dalam urusan seharian di samping mengekang penularan COVID-19.-EDISI UKAS

add comment