Program Vaksinasi Dan Mobilisasi Vaksin Giat Dijalankan Di Tebedu

JUMAAT, 24 DISEMBER 2021

SERIAN: Pejabat Kesihatan Bahagian Serian turut menjalankan aktiviti luaran melibatkan Program Mobilisasi Vaksin selain perkhidmatan Program Vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu.

Program-program tersebut bertujuan memastikan semua penduduk menerima vaksin dan melengkapkannya tanpa gagal.

Setakat Khamis, Program Mobilisasi Vaksin itu telah berjaya menyuntik warga emas di kawasan Tebedu melibatkan Kampung Temong Putah, Temong Bengan, Sungan dan Entubuh.

PPV Dewan Masyarakat Tebedu masih dibuka sehingga penghujung tahun ini bermula jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang dan orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin dos pertama, kedua dan penggalak secara datang terus (walk-in).-EDISI UKAS

add comment