68 Keluarga Dari Sarawak Terima Bantuan Bencana

SABTU, 25 DISEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Seramai 68 keluarga berasal dari Sarawak yang terlibat dalam bencana banjir di Selangor telah menerima bantuan bekalan makanan dan keperluan asas daripada Sarawak Volunteers dan Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PPSKL).

Sumbangan tersebut disampaikan Pengarah PPSKL Awang Supian Awang Daud pada Sabtu. 

Kebanyakan keluarga terbabit tinggal di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, iaitu seramai 47 keluarga manakala, selebihnya mereka yang tinggal di kawasan Klang, Balakong, Dengkil, Cheras dan beberapa kawasan lain di sekitar Shah Alam.

Penghantaran bantuan ini susulan daripada arahan Penaung Sarawak Volunteers yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof supaya anak Sarawak yang turut terjejas akibat bencana banjir di Semenanjung dikenal pasti dan dibantu.-EDISI UKAS

add comment