KM Minta Rakyat Patuh Amaran MetMalaysia

SABTU, 25 DISEMBER 2021

KUCHING: Orang ramai diminta untuk mematuhi amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang telah mengeluarkan nasihat mengenai kemungkinan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada banjir perlu bersedia dengan sewajarnya menghadapi kemungkinan keperluan pemindahan seperti yang diarahkan pihak berkuasa.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat pada Rabu mengenai kemungkinan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

“MetMalaysia berkata berdasarkan analisis sistem cuaca terdapat potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Disember berikutan lonjakan monsun,” katanya dalam kenyataan media yang dikleuarkan Pejabat Ketua Menteri pada Sabtu.-EDISI UKAS

add comment