Rubiah Wang Saksi Penyerahan Kunci Masjid Kampung Naie Lama

SABTU, 25 DISEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN : Majlis penyerahan kunci bina baru Masjid Kampung Naie Lama telah diadakan pada Jumaat, bertempat di Masjid Darul Islam Wal Muslimin. 

Simbolik disempurnakan dengan penyerahan replika kunci oleh wakil kontraktor Mosal Resouces dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Naie Lama, disaksikan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an.

Masjid yang menelan belanja sebanyak RM1.8 juta ini meliputi ruang solat utama yang boleh menampung 2,000 jemaah pada satu masa. 

Selain dari ruang solat utama, masjid ini juga mengandungi pusat sumber ilmu, bilik mandi jenazah dan bilik-bilik kelas.-EDISI UKAS

add comment