JBPB Laksana Operasi Sanitasi Awam Di Tiga Lokasi Sekitar Julau Dan Meradong

AHAD, 26 DISEMBER 2021

BINTANGOR : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bintangor telah mengadakan operasi sanitasi awam di tiga kawasan sekitar Julau dan Meradong sebagagai langkah pencegahan penyebaran wabak COVID-19 di daerah tersebut, pada Jumaat.

Operasi sanitasi pertama yang dilaksanakan  adalah bertempat di Rumah Jeffery, Ng Sengaih Entabai Julau diketuai oleh Pegawai Bomba, Herman Basa bersama empat anggotanya.

Manakala operasi sanitasi kedua diadakan di Rumah Mem Sg Aboi Sibau Manis Entabai Julau.

Sementara itu, lokasi ketiga bertempat di Dewan Masyarakat Bintangor dan telah diketuai oleh PBK II Ahmad Salim Mohktar berserta tiga anggotanya.

Proses sanitasi bagi ketiga-tiga lokasi tersebut ialah dengan menggunakan bahan dan peralatan seperti satu unit manual snapsack sprayer 10 liter dan satu unit mist blower 10 liter. – EDISI UKAS

add comment