101 Terima Bantuan Input Agromakanan AFF Bagi Zon Sarikei

ISNIN, 27 DISEMBER 2021

SARIKEI: Seramai 101 individu telah menerima bantuan input Agromakanan Agriculture Facilitation Fund (AFF) bagi Zon Sarikei di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Datu Len Talif Salleh kepada 14 penerima di Pejabat Pertanian Bahagian Sarikei pasa Isnin. 

Dalam ucapan ringkas beliau, Datu Len menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Sarikei kerana telah banyak membantu menjayakan projek tersebut. 

Beliau juga berharap agar para penerima bantuan tersebut dapat meneruskan lagi usaha meningkatkan pendapatan setelah terkesan akibat penularan COVID-19.

Difahamkan, sebanyak RM1,500,000 telah diperuntukkan Kerajaan Sarawak dan sebanyak RM313,826 telah dibelanjakan untuk projek tersebut bagi Zon Sarikei. 

Bantuan tersebut terdiri daripada pelbagai peralatan dan mesin pembuatan makanan.- EDISI UKAS

add comment