Datu Len Talif Salleh Adakan Lawatan Kerja di Ladang Adha Agro

ISNIN, 27 DISEMBER 2021

BINTANGOR: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan  Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh mengadakan lawatan kerja ke Ladang Adha Agro di Bintangor pada Ahad.

Ladang yang telah diusahakan oleh Ahmad Jerry yang juga Setiausaha Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) itu seluas 27 ekar dan mempunyai 70 ekor lembu untuk persediaan awal bagi tempahan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Dalam pada itu, ladang tersebut juga menyediakan makanan pelet buatan sendiri yang dibuat daripada adunan daun kelapa sawit dan batang pisang muda selain diperoses melalui Effective Microorganisme (EM).

Menurut Ahmad Jerry lagi, permintaan terhadap lembu semakin meningkat terutamanya menjelang perayaan namun masih belum mampu untuk memenuhi permintaan pasaran.

Justeru, beliau bersedia mengadakan kursus penternakanan lembu bagi sesiapa yang berminat. -EDISI UKAS

add comment