Hujan Lebat Berterusan Sepanjang Minggu Ini Dijangka Turun Di Pedalaman Sarawak

ISNIN, 27 DISEMBER

KUCHING: Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah menasihatkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, Sabah dan Sarawak untuk berwaspada susulan amaran hujan lebat berterusan serta mengambil tindakan awal untuk membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Setiap PKOB perlu mengemukakan laporan bagi kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pedalaman Sarawak akan mengalami hujan dan ribut petir di satu dua tempat sepanjang minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, pada 26 Disember ini tiada hujan pada sebelah pagi, ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang manakala hujan pada sebelah malam.

Pada 27 Disember pula, hujan di satu dua tempat dijangka berlaku pada sebelah pagi dan malam, manakala sebelah petang akan berlaku ribut petir.

Selain itu, untuk hari seterusnya iaitu 28 Disember, hujan di satu dua tempat pada waktu pagi, ribut petir sebelah petang dan tiada hujan pada sebelah malam.

Seterusnya, dijangka di satu dua tempat akan berlaku hujan pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang dan malam pada 29 Disember (Rabu).

Sementara itu, pada 30 dan 31 Disember 2021, hujan akan berlaku di satu dua tempat pada sebelah pagi dan malam akan berlaku ribut petir pada sebelah petang.-EDISI UKAS

add comment