ISNIN, 27 DISEMBER 2021
SADONG JAYA: Ir Aidel Lariwoo mengadakan lawatan bersempena program sunat beramai bagi pelajar sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya pada Sabtu.
Program tersebut sering diadakan pada penghujung tahun bagi pelajar sekolah yang telah menamatkan sekolah rendah darjah enam.
Dalam pada itu, Ir Aidel Lariwoo sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur program tersebut yang diadakan dalam keadaan pandemik namun mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dengan baik.-EDISI UKAS