Kerajaan GPS Akan Teruskan Pembangunan Di Sarawak: Datuk Amar Douglas Uggah

ISNIN, 27 DISEMBER 2021

BETONG : Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban telah mengadakan Majlis Penghargaan Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Dewan Masyarakat Spaoh, pada Isnin.

Majlis ini diadakan bagi menghargai penat lelah jentera di peringkat akar umbi di dalam segala gerak kerja sepanjang tempoh PRN-12 baru-baru ini. 

Berucap pada majlis tersebut, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, beliau merasa kagum dengan komitmen dan kerjasama semua pihak tanpa mengira siang atau malam, hujan atau panas. 

“Hasilnya, kita menang dengan cemerlang di Bukit Saban. Dan seterusnya GPS menang besar di Sarawak sehingga mencapai 76 dari 82 kerusi. Kerajaan GPS akan meneruskan dan melaksanakan agenda membangunkan Sarawak amnya dan Bukit Saban khasnya,” katanya.

Antara jemputan yang hadir adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Induk, Ranting Wanita dan Ranting Pemuda di Kampung Melayu Spaoh serta beberapa pertubuhan persatuan di Spaoh.-EDISI UKAS

add comment