Pembukaan Premis Baharu Share Tea Buka Peluang Pekerjaan Kepada Warga Tanjung Manis

ISNIN, 27 DISEMBER 2021

TANJUNG MANIS : Pembukaan premis minuman terkenal Share Tea, Tanjung Manis dilihat mampu membuka peluang perniagaan dan pekerjaan bagi penduduk tempatan.

Pengurus Syarikat Sharetree (Tanjung Manis) Sdn Bhd, Ernie Wong berkata ini merupakan outlet Share Tea yang ke-44 di seluruh Sarawak dan mula beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan lapan orang kakitangan.

Datu Len Talif Salleh telah diberi penghormatan merasmikan Share Tea Tanjung Manis pada Isnin.

Menurut beliau, ianya memberi lebih banyak peluang perniagaan serta merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi di Tanjung Manis dan sekitarnya.

“Ini adalah salah satu pendekatan oleh Kerajaan Sarawak bagaimana kita dapat membangunkan kawasan luar bandar dan juga membawa outlet-outlet seperti ini,” katanya.

Beliau juga berharap lebih banyak lagi syarikat berkaitan makanan seperti Sugar Bun, KFC dan lain-lain membuka cawangan mereka di Tanjung Manis.-EDISI UKAS

add comment