Permainan Petanque Kini Sukan Utama Di Kabong

ISNIN, 27 DISEMBER 2021

KABONG: Permainan sukan Petanque di Kabong kini telah mendapat sambutan menggalakan daripada penduduk tempatan dan menjadi sukan utama di kawasan itu. 

Penganjuran Kejohanan Petanque Triple Sarawak Open 2021 di Arena Petanque Kabong telah mendapat sambutan menggalakan daripada peserta tempatan dan luar Kabong. 

Sebanyak 89 pasukan menyertai pertandingan kali ini yang terdiri daripada pasukan Bintulu, Mukah, Daro, Sarikei, Sibu, Bemmel Bintangor, Kuching, Samarahan, Semerak, Simanggang, Saratok, Kabong, Unit PGA Kuching, Penjara, Lembaga Air Kuching dan beberapa pasukan tempatan. 

Kejohanan tersebut telah dirasmikan Mohd Chee Kadir pada Ahad. 

Menurut penganjur, objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Kabong sebagai destinasi pertandingan petanque di Sarawak dan melahirkan bakat-bakat terpendam serta pemain dalam kalangan remaja di Daerah Kabong dan menjadikan sukan petanque sebagai salah satu sukan utama di Kabong. 

Hadir sama Penghulu Sani Mohamad, Naib Presiden Dua Persatuan Petanque Negeri Sarawak (Pepsar) Wan Ridhuan Wan Laila, Pengerusi Kelab Petanque Saratok Abang Shamssudin Abang Ahmad, Pengerusi Kelab Petanque Kabong Ahmad Nazry Maini.-EDISI UKAS

add comment