Pertandingan Ikan Laga Di Mukah Bantu Tingkatkan Sosioekonomi Setempat

ISNIN, 27 DISEMBER 2021

MUKAH : Born Of The Titan Mukah Mini Betta Competition 2021 telah mempertandingkan 34 kelas ikan laga dengan penyertaan sebanyak 920 ikan laga dari seluruh Sarawak.

Ia dianjurkan oleh H&M Betta dan dengan kerjasama jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKKK) Kampung Kuala Lama, Mukah pada Ahad.

Menurut Royston Valentine, golongan muda digalakkan untuk aktif dalam program seumpama ini agar dapat menghindarkan diri dari gejala sosial yang tidak sihat.

“Para peminat aktiviti ini juga mampu menjana pendapatan melalui penjualan ikan-ikan laga yang mereka biakkan dan ada dikalangan mereka melakukan proses ‘breeding’ ikan laga ini bagi mendapatkan benih untuk dijual dengan harga yang agak menguntungkan.

“Ianya adalah bagus untuk mengembangkan sosioekonomi golongan belia yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap H&M Betta, Mohamad Alfarrudin Abdul Rahman berkata pertandingan ini dianjurkan untuk berkongsi hobi kepada penduduk di sekitar Mukah untuk sama-sama meminati dan menceburi bidang ternakan  ikan laga serta membuka mata masyarakat bahawa memelihara ikan laga bukan sekadar hobi malah dapat menjana pendapat yang lumayan.

Selain itu, pertandingan ini juga dapat mempromosikan bahagian Mukah sebagai sebuah destinasi pelancongan dan menarik kedatangan orang luar supaya dapat menambah pendapatan kepada para peniaga-peniaga kecil di daerah Mukah.-EDISI UKAS

add comment