53 Peratus Populasi Sarawak Telah Terima Dos Penggalak Vaksin COVID-19

SELASA, 28 DISEMBER 2021

KUCHING: Sebanyak 53 peratus populasi di Sarawak telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 26 Disember 2021.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Isnin, peratusan tersebut meliputi seramai 1,082,753 orang.

Jumlah dan peratusan ini menjadikan Sarawak wilayah yang mempunyai populasi penerima dos penggalak vaksin COVID-19 yang paling tinggi di Malaysia.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak baru-baru ini menyeru orang ramai yang belum menerima suntikan dos penggalak tersebut untuk mendapatkannya bagi mengekalkan status penerima dos lengkap COVID-19.

Mereka perlu mengambil selewat-lewatnya pada Februari 2022 untuk mengelak sttaus vaksinasi ditukarkan menjadi tidak lengkap dan tidak layak menerima kemudahan-kemudahan seperti penerima dos lengkap.-EDISI UKAS

add comment