PSPBK 1 Kuching Ungguli Kejohanan Petanque Triple Piala YB MCK

SELASA, 28 DISEMBER 2021

KABONG: Pasukan PSPBK 1 (Kuching) dinobatkan johan Sarawak Open 2021 Kejohanan Petanque Triple Piala YB Mohd Chee Kadir yang melabuhkan tirainya di Arena Petanque Kabong pada Isnin.

Kemenangan itu membolehkan PSPBK 1 menerima wang tunai RM3000, piala iringan, medal dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dirangkul PPMPC 3 (Bintangor) untuk menggondol wang tunai RM2000, piala iringan, medal dan sijil penyertaan.

Landas PSPBK 4 (Kuching) pula memenangi tempat ketiga untuk membawa pulang wang tunai RM1000, piala iringan, medal dan sijil penyertaan disusuli SUKMA 1 (Kuching) di tempat keempat sekali gus menerima wang tunai RM500, piala iringan, medal dan sijil penyertaan.

Pemenang tempat kelima bersama iaitu KEPS 5 (Saratok), PEPSAM 16 B (Samarahan), FORCE 10 A (PGA Kuching) dan Hj Kelali (Kuching) masing-masing meraih wang tunai RM100, medal dan sijil penyertaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Mohd Chee Kadir dan turut dihadiri isteri beliau, Meryani Yasin; Naib Presiden 1 PEPSAR Juga Pengerusi Sarawak Open 2021 Kejohanan Petanque Triple Piala YB MCK, Abg Shamssudin Abg Ahmad; Pengerusi Kelab Petanque Kabong, Ahmad Nazry Maini; Pengerusi-Pengerusi Petanque Bahagian dan Kelab, Ahli Jawatankuasa Pertandingan dan para peserta.

Sebanyak 89 pasukan menyertai kejohanan kali ini anjuran Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR), Persatuan Petanque Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Petanque Saratok, Kelab Petanque Kabong dan Pusat Khidmat ADUN Kabong. – EDISI UKAS

add comment