AADK Anjur Kempen Kesedaran Perangi Dadah Dan Substance Di Sibu

RABU, 29 DISEMBER 2021

SIBU : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Kempen Kesedaran Penyalahgunaan Dadah dan Substance di Jalan Universiti, Sibu pada Rabu.

Simbolik pelancaran kempen kesedaran tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Sibu yang juga selaku Pengerusi One Stop Committee (OSC) Menangani Isu Dadah Dan Substance (MIDS) Sibu, Suhaili Mohamed.

Kempen itu  bertujuan untuk memerangi isu dadah dan juga memberi kesedaran kepada masyarakat serta komuniti supaya bersama-sama dengan pihak berkuasa dalam membanteras serta mengurangi kes berkaitan dengan masalah dadah.

Dalam majlis sama, turut diadakan acara penyampaian Risalah Antidadah kepada Jawatankuasa Kecil OSC MIDS Sibu.

Sementara itu, papan tanda kempen kesedaran tersebut juga turut diletakkan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Wong Soon Kai dan juga simpang jalan berdekatan dengan Farley Supermarket.-EDISI UKAS

add comment