Kemenangan GPS Beri Mandat Kepada KM Untuk Bangunkan Sarawak

KHAMIS, 30 DISEMBER 2021

BAU: Kemenangan 76 kerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 adalah satu mandat yang kuat dan tanggungjawab yang berat, jelas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 

Menurut Ketua Menteri, ia kejayaan yang tidak pernah dilakar dalam sejarah Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Katanya, penting untuk GPS terus membangunkan Sarawak supaya rakyat dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan yang lain. 

“Adalah satu Kerajaan akar umbi yang berinteraksi dengan rakyat di bawah kelolaan kerajaan tempatan tersebut dan interaksi ini sangat penting dalam kita membuat dasar dan memberi kesan yang amat positif di dalam pembangunan sosioekonomi di kawasan-kawasan tersebut,” katanya semasa berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Majlis Daerah Bau, di Tasik Biru Food Village pada Khamis. 

Jelas beliau lagi, Bau adalah satu destinasi pelancongan yang harus dibangunkan supaya dapat memulihkan kesan pendapatan rakyat di kawasan berkenaan. 

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan cek kepada enam buah sekolah dan satu kepada Kelab Sukan Renang Samarahan yang masing-masing bernilai RM10,000.-EDISI UKAS

add comment