67.04 Peratus Penduduk Miri Telah Terima Dos Penggalak Vaksin COVID-19

JUMAAT, 31 DISEMBER 2021

MIRI: Sejumlah 67.04 peratus penduduk di Bahagian Miri telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 28 Disember 2021.

Dato’ Sri Lee Kim Shin menjelaskan, peratusan tersebut adalah meliputi 137,636 dari 205,297 orang yang layak.

Justeru, beliau menyeru penduduk yang layak dan belum mendapatkan vaksin dos penggalak segera berbuat demikian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berdekatan.

“Kami ingin menggalakkan orang awam untuk mendapatkan vaksin COVID-19 terutamanya dos ketiga.

“Kami juga baru sahaja membaca laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa selepas mengambil dos penggalak, ia dapat meningkatkan imuniti badan kita untuk melawan wabak COVID-19.

“Saya merayu kepada mereka yang layak dan belum menerima vaksin untuk berbuat demikian di poliklinik kerajaan, klinik swasta, atau pusat perubatan untuk mendapatkan vaksin itu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke PPV GP dan Swasta pada Khamis.

Dato’ Sri Lee juga memberitahu, penduduk boleh mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 mereka di PPV Awam iaitu Klinik UTC Miri dan Klinik Kesihatan Tudan.

Selain itu, katanya mereka juga boleh mendapatkannya di PPV Hospital Swasta iaitu Borneo Medial Centre (BMC), KPJ Miri Specialist Hospital, Miri City Medical Centre (MCMC), Columbia dan Asia Miri

Manakala, PPV GP (Klinik) pula boleh didapatkan di  U.N.I. Klinik, Klinik Dinamik dan Klinik Lee.-EDISI UKAS

add comment