Legasi Kebajikan PSKB Tetap Diteruskan, Bantu Golongan Memerlukan

JUMAAT, 31 DISEMBER 2021

SARATOK: Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Betong(PSKB) mengadakan program Pemimpin Bersama Rakyat di Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama Saratok pada Khamis.

Ia turut dihadiri Mohamad Duri yang seterusnya menyempurnakan program tersebut.

PSKB mempunyai seramai 50 ahli yang terdiri daripada Petugas Khidmat Bantu di Rumah dan Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan pertubuhan di bawah Seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sejak tahun 2018.

Tambahan pula, PSKB juga telah melaksanakan Kembara Prihatin Negara pada Bulan Januari hingga Oktober 2021 dengan menyerahkan 459 set bakul makanan kepada golongan yang memerlukan terutama mereka yang telah terkesan disebabkan pandemik COVID-19.

Kini PSKB sedang giat melaksanakan Program Skuad Keluarga Malaysia seperti Ziarah Prihatin dengan melakukan gotong royong serta membaikpulih kediaman warga emas yang tinggal bersendirian.

Dalam ucapan Mohamad Duri, beliau sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada PSKB kerana telah berjaya menjalankan aktiviti amal sejak ditubuhkan.

Beliau juga berharap agar program sukarelawan dapat dilaksanakan di kawasan DUN Kalaka bagi membantu mereka yang memerlukan.-EDISI UKAS

add comment