Program GAP Tingkat Sosioekonomi Penduduk DUN Mambong

JUMAAT, 31 DISEMER 2021

PADAWAN: Sebanyak RM5.8 juta telah diluluskan bagi Program Kempen Penerangan Tanam Semula & Good Agriculture Practice (GAP) di bawah Program Skim Tanaman Semula Pekebun Kecil Getah (RISDA) sempena Majlis Pecah Tanah Dan Miring Penubuhan Tanam Semula Berkelompok (TSB) Kampung Emperoh Git.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Jerip Susil di Dewan Serbaguna Kampung Emperoh Git pada Khamis.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak RISDA kerana telah memilih kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong sebagai kawasan fokus RISDA.

Tambah Jerip lagi, selain Kampung Git, program tersebut juga telah dilaksanakan dengan jayanya di Kampung Karu, Kampung Sorot Bunuk dan Kampung Semadang dalam usaha meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan DUN Mambong melalui Program Pertanian secara berskala sederhana dan berkelompok. -EDISI UKAS

add comment