Lebih 583,000 Dos Pfizer Tiba Di Sarawak Pada 30 Disember 2021

SABTU, 1 JANUARI 2022

KUCHING: Lebih daripada 583,000 dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 telah tiba di Sarawak pada Khamis lepas.

Menurut Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian dalam hantaran Facebook pada Khamis, ia merupakan penghantaran terbesar vaksin tersebut untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) negeri ini.

Jelas beliau, ia adalah sebahagian daripada persediaan untuk pemberian dos penggalak kepada mereka yang menerima dua dos Pfizer atau AstraZeneca yang mana tempoh untuk dapat dos penggalak dipendekkan daripada tempoh enam bulan kepada tiga bulan seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

Dato Sri Prof Dr Sim juga menyeru rakyat untuk mendapatkan dos penggalak dengan cepat sebelum penyebaran Omicron dalam komuniti setempat.

add comment