Pemberian Bantuan, Kemudahan Terus Diusahakan Untuk Rakyat : Datuk Amar Awang Tengah

SABTU, 1 JANUARI 2021

LAWAS : Bantuan dan kemudahan yang belum dinikmati dan diperlukan oleh rakyat akan diteruskan.

Datuk Amar Awang Tengah berkata, ketua kampung dan ketua kaum diingatkan untuk memastikan keutamaan diberi kepada mereka yang benar-benar layak untuk memohon bantuan dan mengutamakan mereka yang menyokong kerajaan.

Jelasnya, beliau mahu mengutamakan rakyat yang menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk diberi bantuan tidak kira apa saja jenis bantuan.

“ Dalam tempoh yang terdekat ini saya akan tumpukan kepada mana -mana yang layak  yang belum menerima bantuan kebajikan dan kita akan usahakan untuk diberi bantuan.

“Saya beri peringatan kepada para ketua kampung dan ketua kaum, pastikan kita beri keutamaan kepada mereka yang benar-benar layak untuk memohon bantuan seperti jalan simen, baikpulih rumah dan sebagainya, utamakan mereka yang menyokong kerajaan.

“Kita mahu mengutamakan orang -orang yang menyokong kerajaan GPS untuk diberi bantuan tidak kira apa saja jenis bantuan yang penting mereka itu menyokong GPS,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Kesyukuran sempena kemenangan GPS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) N82 Bukit Sari di Kampung Ulu Merapok pada Rabu.

Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah berterima kasih kepada semua yang bekerja keras dan yang trurn mengundi dalam pilihanraya baru-baru ini walaupun masih berhadapan dengan COVID-19.-EDISI UKAS

add comment