Kempen Keselamatan Jalan Raya, Kurangkan Kes Kemalangan

AHAD, 2 JANUARI 2022

SIBURAN: Kempen keselamatan jalan raya terutamanya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal perlu dipertingkatkan dalam usaha mengurangkan kes kemalangan.

Datuk Dr. Jerip Susil berkata, kempen keselamatan penting dalam mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada.

Jelasnya, pengguna jalan raya lebih berdisiplin dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut.

Beliau berkata demikian semasa Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Siburan baru-baru ini.

Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Pengangkutan Sarawak bagi memberi kesedaran kepada penguna jalan raya terutamanya penguna motosikal tentang keselamatan jalan raya.

Dalam pada itu Datuk Dr Jerip turut menyerahkan topi keledar serta vest keselamatan kepada pengguna motosikal.

Sementara itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan ditetapkan termasuk menggunakan alat keselamatan seperti topi keledar yang diluluskan pihak berkuasa. -EDISI UKAS

add comment