Projek Naik Taraf Bumbung Pejalan Kaki SMK Arang Dijangka Siap April 2022

AHAD, 2 JANUARI 2022

KUCHING: Projek menaik taraf bumbung pejalan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arang dijangka siap pada April tahun ini.

Lo Khere Chiang telah menyempurnakan majlis serah projek menaik taraf yang berjumlah RM50,000 itu.

Beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 yang lepas menambah projek selama empat bulan itu dilaksanakan mulai 1 Januari lepas.

Jelas Lo Khere Chiang, projek tersebut akan memberi manfaat kepada para pelajar, tenaga pengajar serta ibu bapa.

Katanya, cadangan untuk membina bumbung berkenaan dimohon menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah. -EDISI UKAS

add comment