Sekolah Di Sarawak Mula Beroperasi 10 Januari Ini

AHAD, 2 JANUARI 2022

KUCHING: Ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bagi Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 yang melibatkan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Sarawak.

KPM menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya ingin merujuk kepada pertanyaan yang diterima mengenai pengoperasian institusi pendidikan di bawah seliannya di dua negeri tersebut yang akan beralih ke fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 3 Januari ini.

“Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM akan bermula pada 9 Januari 2022 di Kelantan dan pada 10 Januari 2022 bagi Sarawak. 

“Pengoperasian dan kehadiran murid adalah mengikut ketetapan seperti yang telah diumumkan melalui kenyataan media KPM pada 31 Disember 2021. 

“Ketetapan ini dibuat setelah mengambil kira kesediaan institusi pendidikan di Kelantan dan Sarawak untuk memulakan pengoperasian mengikut tarikh pembukaan sekolah tersebut,” kata kenyataan itu pada Sabtu. 

Tambah kenyataan itu, KPM akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai pengoperasian institusi terlibat banjir di Kelantan dan Sarawak atau yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada 3 Januari ini setelah mengambil kira kesediaan untuk beroperasi.

“KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” jelasnya.-EDISI UKAS

add comment