Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak Lawat PPS Lundu

AHAD, 2 JANUARI 2022

LUNDU: Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak, Dato Amir Omar mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Lundu pada Jumaat.

PPS tersebut disediakan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lundu bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir Monsoon Timur Laut pada awal tahun ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Dato Amir memuji kesiapsiagaan pelbagai agensi di daerah berkenaan bagi menghadapi bencana banjir.

Beliau juga sempat melawat PPS di Kampung Selampit dan Kampung Sebat Dayak bagi melihat sendiri persediaan PPS di kawasan tersebut.

Turut hadir, Timbalan Residen bahagian Kuching, Mackos Sibong, Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim serta pegawai-pegawai kerajaan lain. -EDISI UKAS

add comment