Hanya Kontraktor Terbaik Sahaja Akan Dipilih Laksana Projek Di Bawah MPP

ISNIN, 3 JANUARI 2022

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan memilih kontraktor terbaik sahaja bagi melaksanakan projek pembangunan di bawahnya. 

Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, pihak tidak akan sesekali menerima kontraktor yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana mahukan yang terbaik untuk penduduk kawasan pentadbirannya.

“Mana-mana kontraktor yang diberikan projek harus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin demi kebaikan penduduk.

“Kita di MPP sentiasa menyokong kontraktor yang terbaik, kalau mereka bagus kita akan berikan lebih banyak projek. Sebaliknya jika kontraktor itu tidak bagus, kita tidak akan berikan projek lagi,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyerahkan Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 8.5, Jalan Batu Kitang pada Isnin. 

Sebanyak RM150,000 telah diperuntukan untuk menaik taraf gelanggang bola keranjang kepada dewan serba guna di sekolah terbabit. -EDISI UKAS

add comment