Nasib Norjafriah Talib Dapat Perhatian Dato Ibrahim Baki

ISNIN, 3 JANUARI 2022

KUCHING: Keadaan kesihatan Norjafriah Talib yang berasal dari Kampung No. 6 Satok yang menghidap penyakit Brain Aneurysm akibat pembuluh darah pecah kerana tekanan darah tinggi telah mendapat perhatian daripada Dato Ibrahim Baki. 

Akibat penyakit itu, Norjafriah telah terlantar di atas katil sahaja (bed ridden) di rumahnya di Kampung Sinjan Jaya dan tidak mampu menguruskan diri serta hanya minum susu menggunakan tiub selama tempoh 6 bulan.

Menyedari kesulitan yang dihidapi Norjafriah, Dato Ibrahim telah turun padang pada Ahad bagi melawat dan menyampaikan sumbangan susu tepung Ensure Gold, Silicone Stomach Tube, Suction Catheter, Tena Adult Diapers dan Portable Phlegm Suction Unit

Kehadiran beliau dan rombongan telah disambut Junaidah Talib yang merupakan adik kepada Nojafriah. 

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdul Samat Gany, Ketua Ranting PBB Kampung No. 6 Abdul Rahman Adenan, Timbalan Ketua Ranting PBB Kampung No. 6 Shah Iszhan, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Malaysia Jaya Sudirman Narayan, Ketua Ranting PBB Kampung Malaysia Jaya Awang Yusuf Awang Shakran dan Timbalan Setiausaha PBB DUN Cawangan N.8 Satok Azmi Hipni.-EDISI UKAS

add comment