Waspada Penyakit Bawaan Air, Makanan Semasa Musim Banjir

ISNIN, 3 JANUARI 2022

LIMBANG: Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan persekitaran pada Jumaat di beberapa buah lokasi iaitu Kampung Limpaku Pinang, Rumah Brain Meruyu, Rumah Panjai Sungai Lubai dan Tempat Perkelahan Sungai Reda, Limbang.

Pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan kawasan tersebut bebas dari peyakit bawaan air termasuk wabak Kolera.

Orang ramai yang terdedah dengan banjir sebelum ini juga diingatkan agar sentiasa memakai pelindung diri semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir, membersihkan diri dengan sempurna selepas kerja-kerja pembersihan, memastikan peralatan rumah dan dapur sentiasa bersih dan menghapuskan tempat pembiakan serangga perosak.

Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang turut menyeru semua penduduk yang terjejas akibat banjir agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain dalam tempoh 30 hari selepas kerja pembersihan.-EDISI UKAS

add comment